THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, November 24, 2009

TIGA PERKARA YG BENAR


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: " ADA TIGA PERKARA YANG KETIGANYA KUKETAHUI SEBAGAI PERKARA YANG BENAR, IAITU
1- ORANG YANG MEMAAFKAN PERBUATAN ANIAYA, MAKA ALLAH S.W.T MENAMBAH KEMULIAAN BAGINYA.
2- ORANG YANG MEMINTA-MINTA DENGAN TUJUAN AGAR MENJADI KAYA , MAKA ALLAH S.W.T AKAN MENAMBAH KEFAKIRAN BAGI MEREKA.' DAN
3- ORANG YANG BERSEDEKAH DENGAN MENGHARAP PAHALA DARI ALLAH S.W.T. MAKA ALLAH S.W T MENAMBAH HARTANYA ."( H.R BAIHAQI )

Thursday, November 19, 2009

Pelajar SKSAT 5A 2009


Seramai 64 orang murid sksat mendapat keputusan 5A dlam UPSR!!!

Dapat 5A UPSR


Alhamdulillah dapat jugak 5A upsr. Best giler....Nampaknye bolehla aku dapat handset baru dan PS2..

Thursday, November 5, 2009

Tips tips nk cover malu

Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu...

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan
menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka…jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’.

d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat
belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan
kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e. Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.

Niat mengundi

Niat ni lebih afdal jika dibaca sewaktu melangkah keluar dari rumah untuk pergi mengundi pada pilihan raya akan datang.

SELAMAT MENGUNDI..FIKIR DULU SEBELUM MEMANGKAH!!!



"Sahaja Aku Masuk BARISAN, untuk pangkah Bulan, demi KEADILAN."


Kalau sesiapa yg nak mufarakah !!! So niatnya camni :-
Sahaja aku keluar BARISAN menaiki ROKET menuju BULAN kerana KEADILAN.

Aminnn... :)

Soalan SPM 2009

Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?

A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu

Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?

A: Alfonso D’ Albuquequer
B: Albontot D’ Abukaki
C: Al apobondo nih
D: Al..Al..Alpa romeo

Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?

A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

Siapakah pegawai British di Sarawak?

A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus

LAWAK MELAMPAU

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : ?!! Bahlul! kamu yang buta agama!

Wednesday, November 4, 2009

TOP 6




Kita sering teruja dengan sesuatu yang popular dan top dalam dunia ini, dek kerana itu lah semua wartawan, karyawan, dan cawan berusaha mendapatkan bahan yang popular dan top untuk dikongsikan atau dipaparkan. Kebiasaannya yang tertop selalunya yang terbaik dan yang terbaik selalu tertop walau kekadang yang top tu tak semestinya baik.

Untuk keluar dari kebiasaan itu maka dengan ini team Top 6 telah menjelajah keserata alam untuk mengutip dan mengumpul segala maklumat mengenai perkara-perkara atau apa sahaja yang boleh dikelaskan kedalam carta Top 6 .

Kenapa tak Top 10? pasal semuanya asyik top 10 je ,dari carta lagu, carta filem,carta hiburan membawa ke carta pai semuanya guna top 10 , Boringlah pulak. Jadi kita gunalah Top 6 didalam mencari kelainan.

Segala yang tersenarai dalam top 6 ini semuanya telah dikaji, diteliti dan ditimbang sewajar-wajarnya walaupun kami tak pasti berapa kilo beratnya namun ianya boleh dijadikan bahan santai untuk dipikirkan bersama.


6 Perkara Paling Popular di Hari Raya


Memandangkan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri makaTop 6 kali ini akan menyenaraikan 6 perkara paling popular di hari raya atau di musim perayaan.

di tempat yang ke enam

6.Beraya di Hari Raya

Sudah semestinya di hari raya kita semua akan berhari raya dengan gembiranya dengan mengunjungi sanak saudara dan jiran tetangga.Takpelah raya setahun sekali

ditempat yang ke lima

5. Bergaya di Hari Raya

Bila time raya mesti serba serbi baru punya, ye tak? ialah nak bergaya lah katakan jadi semuanya serba baru dari hujung rambut sampai hujung kuku di kaki, dari perabot sampai kuih bahulu dibeli, pendek kata semuanya baru.. Takpelah raya setahun sekali .


ditempat yang ke empat

4. Beraya di Jalan Raya/Lebuh Raya

Nak bertolak awal tak jadi, fasal jalan sesak dengan kereta, jadi bertolaklah tengah malam, selesa sikit katanya, dah tak banyak kereta. Jalan punya jalan tetiba kereta semput tup tup mati ditengah jalan. Nak mintak tolong..dah tengah malam orang nak berenti pun takut.. jadi..orang dah habis takbir sembahyang raya awak masih tekebir kebir..menggigit bibir di lebuh raya. Takpelah raya setahun sekali .

ditempat yang ke tiga

3. Beraya di Balai Raya

Masa tengah persiapan terakhir di malam raya, memasing pun sibuk giler, ada yang bakar lemang, yang bakar ketupat, yang Encik Bakar dan yang bakar mercun pun ada. Bakar punya bakar, terbakar rumah sendiri. apa lagi terpaksalah menginap di Balai Raya. Takpelah raya setahun sekali.

ditempat yang ke dua
2. Beraya di Pudu Raya

Ini kes haru, ada yang kehabisan tiket, yang kena tipu ngan ulat tiket, yang kehilangan tiket, yang tak bawak tiket, yang tak ada tiket pun ada, yelah ingatkan tiket banyak lagi sekali kaunter tiket pun dah tutup. Apalagi bertakbirlah sesama mereka di Pudu raya.
Takpelah raya setahun sekali

ditempat yang pertama iaitu yang paling popular
jeng..jengg..jengg
1. Berbalut di Hari Raya

Ini kalau tak kes kemalangan jalanraya dah tentu kes membakar mercun dimalam raya.Tulah tak berhati- hati semasa memandu dan tak renti-renti main mercun.Kan ke dah penat kerajaan buat kempen masih lagi perkara-perkar ini terjadi. Salah siapa? Tepuk dada tanya diri, jangan tepuk diri tanya dada. Takpelah raya setahun sekali
Dek kerana setahun sekali tulah kita kena beringat2 takkan lah asal raya je ramai yang mati, asal raya je ramai mati, asal ramai mati je raya. Memanglah ajal maut ditangan Allah namun kita perlulah berhati-hati dalam apa jua tindakan kita

Sekian saja Top 6 untuk kali ini.

Tuesday, November 3, 2009

Video Lawak Jenaka - Kelakar - Lucu: Saiful Apek - Medley 12 Lagu Paling Popular

Video Lawak Jenaka - Kelakar - Lucu: Saiful Apek - Medley 12 Lagu Paling Popular



widgeo.net